Sunday, July 24, 2011

Peranti Windows 7 terkecil di dunia

 

Fujitsu bekerjasama dengan NTT Docomo meriliskan komputer peribadi terkecil di dunia. F-07C mula berada di pasaran pada 23 Julai di Jepun.
Yang menarik, ia bukanlah sebuah tablet atau pocket PC tetapi merupakan henset. Ya, henset pintar atau smartphone. Harus diingat Windows 7 bukan Windows Mobile 7. Ia merupakan PC sepenuhnya.
F-07C dilengkapi dengan fungsi-fungsi asas PC, termasuk Windows 7,pemproses Intel Atom, satu Microsoft Office Personal 2010 dengan lesen dua tahun, dan versi terbaru Internet Windows Explorer 9. Walaupun berbentuk kompak, pengguna-pengguna boleh menggunakan sepenuhnya F-07C sebagai sebuah PC.
Lebih menarik F-07C didatangkan dengan fungsi dual boot Windows 7/ Symbian, jadi pengguna boleh memilih sama ada menggunakannya dalam mod Windows 7 ataupun mod smartphone Symbian dalam satu sentuhan butang.
Peranti tapak tangan hibrid ini mempunyai skrin sentuh bersaiz 4 inci, 1024 × 600 piksel (lebih kurang PSP) dengan kamera hadapan beresolusi 0.32 mp (0.17 mp dalam mod PC) dam kamera belakang beresolusi 5.1 mp.
Mod PC menggunakan pemproses Intel Atom  Z600 1.20GHz dengan memori dalaman sebanyak hanya 1 GB berbanding memori tambahan, 32 GB. Ia turut dilengkapi kibod QWERTY untuk disesuaikan dengan fungsi utama Windows 7.
Namun agak malang kerana kuasa dan jangka hayat bateri yang cukup panjang pada mod smartpone hanya bertahan 2 jam dalam mod PC.



Sumber : (Fujitsu)



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK