Wednesday, May 25, 2011

Adakah The Chicken Rice Shop Halal?

Assalamualaikum pembaca2 sekalian,

Pernah sekali dulu saya mendapat email yang menyatakan status halal makanan yang dihidangkan di The Chicken Rice Shop diragui. Kini, saya telah dapat jawapan yang boleh dipercayai dari sumber yang kukuh iaitu JAKIM.

Dari gambar di atas, logo halal yang diiktiraf JAKIM jelas diletakkan di hadapan kedai ini. Adakah ini umpan untuk menarik pelanggan muslim atau benar2 pengiktirafan yang sah?



Sebagai pengguna, saya akan mencari maklumat di ruangan siber sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan produk tersebut. Malangnya, berita palsu lebih cepat disebarkan berbanding berita yang benar. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan. Jika buruk semua orang diberitahu, jika baik, kurang pula orang yang menyebarkannya.

Sebagai seorang pengguna, kita tidak boleh mengambil sesuatu berita bulat2. Jadi, kita perlu menyelidiki sendiri berita tersebut. Malangnya, tidak semua pengguna mampu menghabiskan pencarian itu sehingga ke akar umbi. Berikut adalah antara pencarian yang dilakukan untuk mencari status halal The Chicken Rice Shop:

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-56974.html
chicken rice shop tu cina punya.Memang ada tanda halal tapi ayam yang dia masak tu dia beli kat mana kita tak tau pon. ...

http://www.smartgeneration.com.my/forum/viewtopic.php?t=8879&sid=d122c34578a9885a687a3d1c31a60dde
[Sijil Halal telah tamat tempoh sah] [THE CHICKEN RICE SHOP RESTAURANTS SDN BHD] 32. THE CHICKEN RICE SHOP (BERJAYA TIMES SQUARE) ...

Ada juga maklumat di ruangan siber yang menyatakan The Chicken Rice Shop tidak pernah mendapat pengiktirafan halal.

Semua maklumat itu tidak tepat. The Chicken Rice Shop yang didaftarkan di bawah TCRS Restautants Sdn. Bhd. mempunyai pengiktirafan halal daripada JAKIM. Anda boleh pergi ke website JAKIM untuk memastikannya sendiri. Buat carian untuk syarikat TCRS Restaurants Sdn. Bhd. dan anda dapat melihat sendiri. Berikut adalah snapshot dari website JAKIM:



(Sila klik imej untuk senarai penuh)
Ada juga maklumat dari http://rozaimy.komputer.com.my/248 yang menyatakan The Chicken Rice Shop mempunyai sijil halal. Penulis post tersebut juga menyatakan perasaan kesalnya terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu tentang The Chicken Rice Shop.

Sijil halal The Chicken Rice Shop juga boleh dirujuk di website restoran tersebut iaitu http://www.thechickenriceshop.com/about.html

Kesimpulannya, The Chicken Rice Shop mempunyai sijil halal yang diiktiraf. Pengguna2 juga harus membuat research sendiri dan tidak mempercayai maklumat2 dari email dan sebagainya yang tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.


CREDIT: JURNAL HALAL



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK