Sunday, July 24, 2011

Akan Datang~Aplikasi iPhone paling gempak


Sekumpulan pembangun permainan video sedang berusaha mengutip dana sambil membina aplikasi permainan baru khusus untuk iPhone.
Colin Karpfinger, pencipta aplikasi Thumbies untuk iPhone dan Ronald Mannak pencipta alat mainan elektronik (V-Beat AirDrums dan AirGuitar) bergabung untuk merealisasikan idea bermain gitar dengan iPhone.
Aplikasi ini akan membolehkan penggemar air guitar bermain gitar secara motion sensing dan bebas apabila iPhone disambung dengan sejenis gajet yang berupa sekeping plektrum (pick) dengan wayar dan jek (harga yang dijangkakan USd50).
Idea mereka, bukan setakat mendengar bunyi yang terhasil tetapi merasai pengalaman seperti bermain gitar yang sebenar.
Mereka sedang berusaha mencapai dana yang disasarkan sebanyak USd25000 untuk meneruskan projek aplikasi ini ke peringkat siap sepenuhnya. Untuk itu mereka membuka sebuah laman khas.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK