Monday, May 23, 2011

Tips Keselamatan Akaun Facebook



Tips Keselamatan Akaun Facebook


Langkah Pertama : Pergi ke ACCOUNT SETTINGS..

Langkah Kedua : Cari ACCOUNT SECURITY.. Lepas tu tick kotak tu..

Langkah Ketiga : Pergi ke PRIVACY SETTINGS..

Langkah Keempat : CUSTOMIZE SETTINGS.. Pandai pandailah korang godek sendiri ye..

Langkah Kelima : Part yang aku nak korang fokus.. CONTACT INFORMATION.. Emel untuk korang login facebook seharusnya korang setting kepada "Only Me".. Penting sangat..

*Ok,, itu je lah kot yang aku nak share.. Nampak simple tapi banyak yang lepas pandang.. Bila akaun kena hack baru nak gelabah.. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati.. Samalah macam jenayah siber..

rujukan: Uji kekuatan Password anda.

Tips Tambahan:-

  1. Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  2. Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj,http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
  3. Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atauKaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  4. Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atauKaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  5. Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  6. Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol sepertiaskjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  7. Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  8. Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
  9. Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  10. Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  11. Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  12. Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya. Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  13. Jangan online Facebook anda di kafe siber.
  14. Jangan menjadi mangsa keylogger. Sila gunakan perisian Anti-Virus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
  15. Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda. Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  16. Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam.
  17. Bagi yang memiliki Facebook Fan Page sendiri, sila pastikan semua admin Fan Page anda itu mengikuti tips yang tertera di atas ini bagi mengelakkan Facebook Fan Page anda mudah digodam.
Tips di atas sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko akaun Facebook anda daripada digodam hacker. Akhir kata, stay safe.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK