Harap ada remaja kita  mencipta sesuatu ...
saya petik dari kosmo
MASSACHUSETTS,  Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia  17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta  motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi  mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.
Menurut  Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia  mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar  raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang  teruk.
Justeru,  dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa  roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan  butang.
Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. - Agensi



0 comments:
Post a Comment