Friday, May 20, 2011

Jual Kopi Ada DNA Babi



KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.
Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu. - harian metro

Ini satu pengajaran untuk peniaga2 yang hanya fikirkan keuntungan tanpa mengambil kira sensitiviti umat islam di malaysia. Pihak penguatkuasa kena jalankan operasi yang sama di kedai2 mamak yang dikhuatiri juga tidak halal. Sesetengah dari mereka bukanlah muslim tetapi mengaku mamak untuk mendapatkan pelanggan muslim padahal mereka beragama hindu.


Banyak lagi product tak halal masih bebas terjual kepada orang2 islam di malaysia.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK