Saturday, October 29, 2011

MasterChef Malaysia Yang Sangat Berterabur

http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/04/MasterChef-Malaysia.jpg 

Setiap rancangan realiti tv mengenai masakan atau apa jua yang mengenengahkan resepi-resipi masakan western, mahupun bakeri memang aku suka sangat nak tengok. Buat julung kalinya rancangan realiti tv 'Master Chef Malaysia' telah pun hangat dipertontonkan di saluran Astro Ria untuk tahun yang pertamanya. Setinggi tahniah atas penganjuran buat julung kalinya MasterChef Malaysia, tetapi yang amat mengejutkan apabila syarat-syarat penyertaan kemasukannya yang tidak dibuka untuk kepada sesiapa yang mempunyai latar belakang Kulinari seperti bekerja dalam bidang perhotelan mahupun pekerjaan yang melibatkan dunia masakan, itu amat mendukacitakan aku lah pada hakikatnya kerana ia tidak menampilakan penyertaan dari chef-chef yang hebat di serata Malaysia ketika ini untuk menunjukkan teknik-teknik sebenar dan kehebatan seorang chef ketika di dapur. Tapi pada penglihatan akulah rasanya macam kebanyakannya orang kampong je yang turut serta bertanding dalam Master Chef Malaysia kali ini berbanding dengan rancangan masterchef luar Negara yang kelihatannya gempak dan lebih tersusun dari aspek jalan ceritanya dan praktikalnya.

Minggu lepas episod pertama telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada aku sangat tak berjaya, dengan pelbagai iklan mengenai pertandingan itu yang menampakkan ianya begitu eksklusif. Namun tanggapan itu sebenarnya meleset sama sekali, para peserta kelihatannya seperti budak kampung yang sangat kampung walaupun orang kampung pun tak macam tu, mana ceruk datang aku pun tak tahu.
Bila ditemubual, kelihatannya sangat static dan kaku, macam dirancang akan setiap patah perkataan setiap peserta..peserta melayu pula bila ditemubual kelihatan tergagap-gagap, yang boleh cakap Bahasa Inggeris pun begitu juga, akhirnya keluarlah perkataan Malaysia baku dan yang amat menampakkan kegagalan apabila caption menu masakan yang tertera di tv salah ejaan dan sebagainya. Sangat tak peka. mana yang Grammar berterabur tu tak kisahla, tapi yang tergagap-gagap macam baru nak belajar cara bercakap tu memang aku tak leh blah..
http://www.utusan.com.my/pix/2011/0927/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.1.jpg

Para juri pula kelihatan sangat tegas mengalahkan juri-juri masterchef luar negara, tetapi dalam dunia masakan sebenar untuk menjadi chef memang ketegasan perlu ada, dan istilah 'dalam hati ada taman bunga' tidak boleh wujud dalam setiap chef, sebelum terlupa..dalam episode ini boleh lah digambarkan sebagai episode yang sangat berterabur dan bermandi darah, disebabkan para peserta terpotong jari, tidak kurang pula yang menangis sebab potong bawang, haihh.. sangat tak sesuai untuk caption 'Master Chef Malaysia' itu sendiri.
Harapan pada minggu kedua dan seterusnya akan lebih hebat dan segala kelemahan akan diperbaiki..bukan menambah kelemahan itu menjadi suatu keburukan yang memburukkan chef-chef Malaysia..

Yang terbarunya apabila timbul isu Chef Riz yang memalsukan 'resume' nya untuk kelayakan menjadi juri di Masterchef  Malaysia.



2 comments:

Daddylicious said...

mungkin pertama kali ...gugup

aPIP said...

mungkin juga...

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK