Tuesday, August 23, 2011

Helikopter RC untuk iPhone!

Gunakan iphone sebagai remote control? Mengarut betul.
Griffin mengeluarkan helikopter RC yang berkuasakan iPhone app, tapi apa relevannya menggunakan iPhone sebagai sumber kuasa dan juga sebagai RC untuk mengawalnya?
Hello TC didatangkan dengan dua bahagian, helikopter miniatur dan juga dek RC yang memerlukan pemasangan iPhone app. Ia juga turut menyokong pemasangan pada iPad.
Dek RC, tapi memerlukan iPhone untuk berfungsi, memang satu kecacatan, untuk bermain helikopter kecil, adalah lebih baik beli satu set mainan helikopter RC yang betul, lebih kuasa dan tidak bergantung kepada app yang berasingan.
Jika helikopter Hello TC disertakan dengan kamera video padanya berserta fungsi live feed, mungkin ia akan lebih relevan dan berbaloi untuk memasang iPhone app.
Helikopter miniatur
Dek RC Hello TC

Terdapat satu lagi helikoter RC keluaran Weccan yang menggunakan iPhone sebagai RC, tanpa dek tambahan, hanya app dan skrin sesentuh iPhone. Lebih berbaloi berbanding Hello TC. Lihat video di bawah :







0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK