Sunday, July 10, 2011

Tembelang Pecah Juga Akhirnya: Tangkapan Khairy Hanya Sandiwara

bersih323 Tembelang Pecah Juga Akhirnya: Tangkapan Khairy Hanya Sandiwara


Ternyata kini, dari ucapan Najib sendiri bahawa Khairy yang sebelum ini dilaporkan membatalkan penyertaan untuk berdemonstrasi mengubah keputusan di saat akhir, menyertai protes terhadap Himpunan BERSIH 2.0 semalam.
Rupa-rupanya ada ada perencanaan licik dan didedahkan sendiri oleh Najib hari ini:
Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),”
Patutlah masing-masing dari kalangan Patriot termasuk Khairy seperti “berlakon” ditahan. Berposing lagi untuk sesi penggambaran. Akulah wira jalanan!
Najib bertempik hari ini, konon tak takut pilihanraya adil. Jika demikian kenapa takut dengan tuntutan BERSIH?
Semua tidak lupa, pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai “Wakil Pos” berbanding “Wakil Rakyat”.
Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.
Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).
Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan.
Antara tuntutan BERSIH adalah “PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI.”
Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241.
Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85)
* Dimaklumkan bahawa kami TerdesakNet ini tidak ada kena mengena dengan mana – mana organisasi dan juga parti politik tertentu.Kita sebagai rakyat berhak menilai ..



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK