Sunday, July 10, 2011

Merbahaya Basuh Tangan Di Hospital



Anda terdedah dengan ribuan kuman yang merbahaya apabila anda memulas kepala paip sinki yang terdapat di hospital kerana ribuan manusia dari pelbagai keadaan sihat dan berpenyakit menggunakan tandas atau sinki yang sama di hospital.
Demikian menurut Prof Emeritus Hugh Pennington, dari Aberdeen University seorang pakar dalam bidang Bacteriology di universiti tersebut. Orang yang membasuh tangannya di hospital bakal terdedah dengan kuman yang lebih banyak daripada sebelum dia menggunakan kemudahan membasuh di hospital.
Semua hospital sepatutnya menyediakan tempat basuh tangan yang menggunakan sensor automatik bagi mengelakkan orang ramai menggunakan sentuhan pada kepala paip. Teknologi sensor telah lama diperkenalkan dan walaupun agak mahal sikit, ianya amat berbaloi.
Elok jika kerajaan kita dapat mengambil perhatian dalam pandangan professor tersebut dalam menambah baikkan sistem paip dan pancur yang terdapat di semua hospital di negara kita.
* Kebersihan Mencerminkan Imej Seseorang *



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK