Monday, July 4, 2011

Jual koleksi Transformers bernilai RM967,815 demi kekasih

BODDAM, Scotland - Seorang pengajar teknikal sebuah syarikat marin, Shane Fenton terpaksa menjual koleksi permainan Transformers miliknya yang bernilai £200,000 (RM967,815) atas permintaan kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenton yang berusia 32 tahun membuat keputusan untuk menjual koleksi permainan itu yang dikumpulnya sejak kanak-kanak bagi membayar hutang rumahnya di sini.

Koleksi permainan itu melibatkan lebih 1,000 model patung Transformers itu yang disimpan di bilik tidur utama rumah mereka.

"Benar, saya dapat membayar hutang rumah jika saya menjual permainan itu," kata Fenton.

Menurutnya, kekasihnya itu mahu memulakan hidup berkeluarga dan mempunyai anak menyebabkan koleksi permainan tersebut yang disimpan di dalam bilik tidur utama itu perlu dijual bagi membolehkan mereka menggunakan bilik berkenaan.

Selama ini, bilik tidur itu tidak boleh digunakan kerana ia hanya menyimpan alat permainan berkenaan.

"Saya memberitahu Fenton bahawa dia bukannya kanak-kanak lagi. Dia akan berusia 33 tahun pada tahun depan," kata kekasihnya itu yang enggan namanya didedahkan.

Pasangan tersebut kini sibuk membuat senarai alat permainan itu yang akan dijual. - Agensi

sumber : kosmo online



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK