Monday, June 20, 2011

Sejarah Kartunis Ujang


Mesti korang pernah baca kartun Ujang dalam majalah Gila-Gila, Majalah kartun paling hot tahun 80an..? Jadi boleh dikatakan kartunis Ujang jugak adalah sebahagian dari founder majalah ujang@gila-gila.

Kalau jumpa balik kartun kartun ujang yang keluar dalam majalah Gila-Gila mesti teringat masa zaman zaman 80an. kartun dia memang unik dan ada feel tersendiri. Ujang atau nama sebanar beliau Ibrahim Anon mula melukis dalam majalah gila gila dengan kartun pertama beliau Loose si Tenggang (Aku pun tak pernah baca kartun ni). Karya karya Ujang yang popular dalam majalah Gila-Gila adalah Aku Budak Minang(ABM), Aca, Intelligence Blues Club (IBC), Jibam (Sambungan dari Novel Jibam).

Kalau korang perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam (2010) ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang. Aku tengok Episod first je, pas tu ingat nak follow tapi asyik ter miss je sampai la malam tadi bila aku bukak TV2 tapi drama tu dah habis, dah ganti dengan drama Aca dan Atuk, masih lagi cerita pasal Ujang. Barisan pelakon dia yang aku kenal Hamid Gurkha je yang pegang watak atuk. Kalau orang yang tak pernah baca kartun Ujang mungkin pada diorang drama ni biasa je, tapi pada aku cerita dia memang layan abis.

Dalam best best baca kartun Ujang ni tahu tak korang banyak peristiwa malang berlaku dalam hidup kartunis lagenda Malaysia ni? Beliau dilahirkan di Kg Juasih Kuala Pilah. Beliau mula melukis dalam majalah kartun pada tahun 1984 iaitu dalam majalah Gila gila. Beliau banyak menghasilkan kartun-kartun yang menambat hati pembaca seperti yang aku dah sebut sebelum ni, dan setelah 10 tahun melukis di Gila-Gila beliau meletak Jawatan, pada tahun 1994.

Tak lama lepas tu majalah Ujang keluar di pasaran terbitan Kharisma Publication sdn bhd dan Ujang sebagai Pengarah Pemasarannye. Dengan bermaskotkan Din Beramboi, majalah tersebut mendapat sambutan hangat pembaca di Malaysia dan berjaya mencecah jualan 300 000 unit sebulan. Memang tak heran sebab Ujang memang ramai peminat time tu. Watak din Beramboi mula diperkenalkan oleh ujang sejak tahun 1987 lagi dalam majalah Gila Gila, dan dibawa oleh Ujang ke Majalah Ujang sebagai Maskot. Tapi lepas tu kena saman dengan pelawak Din Beramboi sebab beliau mendakwa Din beramboi tu dia punya copyright. Ujang pulak tak mendaftarkan watak Din Beramboi sebagai copyrightnye kalah dalam kes tersebut dan terpaksa melupakan watak din beramboi buat selama lamanya. sebab tu lah kalu korang perasan dalam majalah ujang diorang dah tak panggil Din Beramboi, diorang dah tukar Pak Cik Din. Dan ditambah pulak dengan watak Lady Din tp bukan idea Ujang, idea siapa ntah. aku rasa sekarang majalah Ujang dah tak lawak dah.

Pada tahun 1997 Ujang meletakkan jawatan sebagai pengarah pemasaran di kharisma enterprise dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membeca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebanarnya Ujang baca draf agreement tersebut tapi kawannye batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.

Memang aku kesian la ngan mamat ni, asyik kena niaya je. Segala copyright majalah ujang dipegang oleh MOY yang dulu dikenali sebagai Kharisma, dan ujang terpaksa melupakan semua watak watak seperti pak cik din, usop sontorian, ujang dan lain lain ciptaannya. Kecewa dengan isu copyright beliau kemudiannye menghilangkan diri dan tak dapat dikesan.

Dengar citer ujang menghilangkan diri buat benda yang paling dia suka iaitu memancing. pada tahun 2002 beliau kembali melukis dengan majalah Ujang Budak Minang dan Majalah Malim Pelita tapi tak mendapat sambutan.

Pada tahun 2004 satu lagi kisah sedih dalam hidup Ujang iaitu beliau kehilangan adik kesayangannye Aca kerana accident dilanggar lori dari belakang. Lebih menyedihkan lagi ialah Aca ketika itu sedang menunggu kelahiran anak pertamanya. sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat berpesan kepada orang yang tolong dia masa accident tu supaya menamakan anaknye Nasrullah yang bermaksud pertolongan dari Allah. Seminggu kemudian anaknye lahir dan diberi nama Nasrullah.

Actually masa kecik (macam yang diceritakan dalam drama aku budak minang) Ujang tak suka langsung adiknye tu sebab sejak kelahiran adiknye, mak dia selalu rotan dia dan dia salahkan adiknye sebab merampas kasih sayang maknye. tapi sewaktu mak dia nak meninggal, mak dia pesan kat Ujang supaya menjaga adiknye dan jangan diberi kepada orang lain menjaganya walaupun kakak kakak nye. disebabkan pesan maknye dan melihatkan keadaan Aca yang tak berapa betul akalnye tu lah dia kesian kat Aca dan sejak tu dia sayang giler kat adiknye tu. Satu lagi yang sedih kematian orang tuanye berlaku secara beturut turut, lepas ayahnye meninggal maknye pulak, lepas tu dia dengan adiknye dijaga oleh datuk beliau. di situlah dia dapat ilham lukis kartu Atuk.

Pada tahun 2007 Ujang kembali Melukis dalam majalah Gila Gila, aku pun tak perasan masa tu sebab dah lama tak baca gila gila. aku perasan masa tahun 2009 masa aku naik bas balik JB, singgah kat machap ada jual majalah Gila-gila stok lama tahun 2007 aku perasan katun depan tu kartun ujang. terus aku beli. murah je rm3.50 dua naskhah. Tapi aku rasa dalam majalah tu kartun Ujang je yang best. yang lain mcm lawak bodoh je, maybe sebab banyak kartunis gila-gila yang dah tak ada dalam majalah tu.

Ujang ada bukak bisnes bot kat tasik kenyir kalau korang nak tau. Aku rasa bisnes ni dia setup time dia menghilangkan diri dulu. Oh lupa nak cerita, pada tahunn 2006 heboh orang cerita Jibam akan dimoviekan, dan pelakonnye terdiri daripada Jalil Hamid dan Khatijah tan. Pada aku Jalil Hamid memang sesuai la pegang watak suman bapak si Jibam, memang pilihan yang tepat. aku punya excited tunggu bila nak keluar sebab skrip filem tu dah diluluskan oleh FINAS, tapi sampai sekarang tak keluar keluar rupa rupanya filem tu berenti separuh jalan sebab ada konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri. satu lagi kisah malang Kartunis Ujang.

Tapi aku rasa disebabkan pengalaman yang macam ni lah yang membuatkan beliau tak kering idea nak melukis. sini aku ada link download beberapa part kaset Din Beramboi Radio 9 Pujaan Sirap yang dirakam dek Ujang & beberapa kartunis lain masa Majalah Ujang tengah hot dulu sekitar tahun 1996. Kaset ni mamang tak ada jual kat kedai kaset, kalu nak beli kena order melalui majalah Ujang, sekarang dah tak ada jual langsung dah. Akhir sekali aku nak quote kata kata brader Ujang yang bole dijadikan pedoman kepada sesiapa yang nak jadi kartunis.

"Kau ingat buat kartun macam buat lempeng?"
-Ujang-

Disini diselitkan artikel mengenai antara kartunis majalah Ujang iaitu Qayyum yang baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir semalam (KLIK SINI)


Sumber artikel: 80an@Rockkapak



1 comments:

Zulfikar Hazri said...

:9 sedih betul la baca kisah hidup dia ni... sebak rasa dada...

asik kena kencing je....

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK