Monday, June 20, 2011

Kartunis Ujang~Qayyum meninggal Dunia

Semalam negara bukan saja dikejutkan pemergian pelakon dan pelawak veteran, saudara Zami Ismail atau pak uda. Kita juga dikejutkan juga dengan pemergian seorang kartunis majalah Ujang iaitu Qayyum akibat serangan stroke. Pada pengikut majalah Lawak Antarabangsa, pasti mengenali siapa Qayyum. Selain Berkarikatur dan melukis, Arwah Qayyum juga amat aktif menjadi penulis di dalam majalah tersebut sehingga memegang jawatan sebagai editor di majalah Ujang.

Kiri sekali dalam gambar.

Ada antara kita membesar seiring dengan majalah tersebut. Biarpun usia semakin meningkat dan majalah Ujang di tinggalkan, namun para kartunis disna sentiasa dalam ingatan kepada kita kerana mereka pernah menghiburkan kita dan membuatkan kita semua ketawa terbahak-bahak suatu ketika dahulu, itu tidak dinafikan. Jika pernah menonton video Lawak Antarabangsa, pasti korang kenal dengan Qayyum yang memegang watak ''mat despatch'', yang digandingkan bersama kartunis Petai sebagai ''nenek'' (dalam video) yang mana Qayyum datang ke sebuah kampung untuk mencari Sufi Suffian.


Semoga Arwah Qayyum di cucuri rahmat, Al-fatihah...


Kenali antara kartunis Ujang (KLIK SINI) untuk artikel selanjutnya...



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK