Saturday, June 11, 2011

Remaja Malaysia~Timothy Lim, Antara Pereka iPhone 4


Mungkin ramai yang sudah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu ada orang Malaysia yang terlibat sama dalam membangunkan iPhone4 dan orang itu adalah Timothy Lim, beliau merupakan salah seorang daripada pereka telefon pintar itu



Sedikit info tentang Timothy Lim, pada umur 17 tahu dia dah mendapat banyak pengalaman malah lebih banyak jika dibandingkan dengan orang yang lebih tua dari dia. Beliau telah berjaya menawan Gunung Kilimanjaro di Tanzania, mengajar anak-anak jalanan Cambodia bahasa english dan membuat performance di International Jazz concert dengan Al Jarreau.
Timothy juga mengetuai kumpulan orchestra sekolahnya di Britain’s Harrow School dan memenangi National Schools Chamber Music Competition. Dia memilih untuk belajar di Stanford dan Britain’s Oxford University.
cukup pasal info si Timothy nie, sekarang dia berada di Malaysia untuk bercuti. Timothy terlibat khususnya dalam bahagian reka bentuk telefon berkenaan bagi memastikan ia mencapai kualiti yang diperlukan. beliau mengatakan bekerja di Syarikat Apple adalah pengalam yang cukup menarik kerana diberikan sepenuhnya kebebasan dalam menjana idea baru dalam reka bentuk iPhone 4.
ini merupakan rupa terbaru Timothy Lim kerana gambar yang ditunjuk di permulaan entry ini adalah gambar sewaktu beliau berumur 17 Tahun, sekarang beliau berumur 24 tahun, gambar dibawah ini adalah gambar terbaru beliau sambil menunjukkan iPhone 4.


wah, kita patut berbangga kerana mempunyai remaja macam Timothy Lim ini, pada umur 17 tahun dah macam-macam pengalaman yang dia dapat dan sekarang beliau terlibat dalam mereka bentuk iPhone 4,tahniah diucapkan kepada beliau hehehe..
sebenarnya entry saya share kerana ada orang kat fanpage yang nak saya share benda nie kat korang semua hehehe…so jadikan Timothy nie contoh untuk kita terus maju kehadapan dan mencapai kejayaan yang kita impikan…



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK