Wednesday, June 22, 2011

Pekerja Facebook Paling Stress





AMERIKA SYARIKAT – Syarikat laman sosial gergasi, Facebook mempunyai golongan pekerja yang termuda dan pekerjaan yang paling memuaskan.
Namun, mereka juga merupakan kumpulan pekerja yang mempunyai kadar stress yang tertinggi dalam seluruh industri teknologi Amerika.
Menurut kajian yang dilakukan oleh PayScale, pekerja-pekerja Facebook rata-ratanya berumur 26 tahun, dan mereka sering dikelilingi oleh situasi kerja yang mempunyai kadar stress yang tinggi, sama seperti pekerja-pekerja di Amazon.
Namun, stress mereka dapat dibendung dengan kadar gaji yang tinggi. Pekerja Facebook adalah antara staf teknikal yang mempunyai kadar gaji yang tinggi.
Pekerja selalunya mendapat gaji bermula dari AS$59,100 (RM179,097), 49 peratus diatas paras gaji purata Amerika.
Mereka juga menerima 13 peratus lebih kadar premium berbanding dengan pekerja-pekerja yang melakukan tugas yang sama seperti mereka di syarikat-syarikat lain.
“Syarikat yang paling berjaya selalunya akan membayar gaji yang paling tinggi, dan mereka juga diberikan kemudahan dan ganjaran yang lebih memuaskan,” kata John Challenger, Pegawai Eksekutif firma Challenger, Gray & Christmas.
“Google dan Facebook adalah syarikat tersebut.”
Menurut laporan kajian PayScale, Google mencatatkan purata gaji pertengahan dengan kadar AS$141,000 (RM427,371).
Syarikat gergasi tersebut juga sering memberikan kemudahan dan ganjaran pekerja yang amat memuaskan, termasuk sebuah cafeteria mewah dan servis mengurut.
Pada Januari, perkerja Google telah menerima kenaikan gaji sebanyak 10 peratus sebagai usaha bagi syarikat tersebut untuk mengekalkan mereka untuk berkerja untuk syarikat tersebut.
Ianyanya juga termasuk memberikan bonus AS$1000 untuk percutian yang mereka terima pada penghujung 2010.
Kini, Google membayar kadar premium yang tertinggi berbanding dengan syarikat-syarikat lain iaitu sebanyak 23 peratus.
Bagi soal pengambilan pekerja muda di Facebook, Times Of India melaporkan bahawa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tidak mementingkan soal umur.
“Kami tidak percaya bahawa anda perlukan pengalaman untuk menghasilkan perubahan besar pada syarikat ini,” kata Zuckerberg dalam sebuah rakaman yang terdapat pada laman web Facebook di bahagian karier syarikat.
“Ambil saya sebagai contoh. Saya bermula hanya dari universiti.”



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK