Saturday, June 11, 2011

KL Gangster Atasi Kongsi

KL Gangster Kalahkan Kongsi

KUALA LUMPUR  – Filem KL Gangster berjaya memecahkan rekod filem Kongsi apabila mengaut kutipan tiket hari pertama paling tinggi berjumlah RM1.5 juta selepas ia ditayangkan di 81 buah pawagam seluruh negara mulai 9 Jun lalu.

Filem terbitan Skop Production itu yang menelan kos mencecah RM2.1 juta memadamkan rekod yang dipegang oleh Kongsi terbitan MIG Production yang mengutip kautan tiket RM1 juta pada hari pertama tayangannya pada 12 Mei lalu.

Penerbit KL Gangster, Datuk Yusof Haslam berkata, dia bangga apabila filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu mendapat sambutan di luar dugaan meskipun terpaksa bersaing dengan dua filem asing iaitu X-Men First Class dan Super 8 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

“Saya terharu kerana KL Gangster berjaya mencatat rekod baru kutipan tiket tertinggi filem tempatan pada hari pertama tayangannya. Filem ini ditayangkan di 81 pawagam seluruh negara dan ia tertakluk dengan Skim Wajib Tayang selama dua minggu.

“Malah, filem dalam genre aksi ini juga ditayangkan di 10 lagi pawagam independent (bebas) yang tidak terikat dengan skim yang dikuatkuasakan oleh Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) itu. Jika tidak, saya rasa kutipan tiket KL Gangster mampu mencecah RM1.8 juta.

“Pada masa sama saya berharap agar filem ini mampu menambah kutipan tiketnya selepas ini nanti. Namun, saya tidak mahu mensasarkan kutipannya kerana ia masih terlalu awal. Biarlah Allah yang menentukannya,” katanya kepada My News Hub di sini hari ini.

KL Gangster yang dilakonkan oleh pelakon popular tanah air seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak dan Sofi Jikan itu merupakan filem terbaru arahan Syamsul Yusof.

Filem terakhir Shamsul sebelum ini adalah Khurafat yang ditayangkan pada bulan lalu dengan kutipan tiket lebih RM5 juta.




2 comments:

AzlinaNana said...

semalam eyna tengok..! not bad gak..:)

aben10(RASTAMAN) said...

harap esok pangung x pnoh
hahahahaaa

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK