Sunday, June 12, 2011

Kaca Mata Hitam Rakam Gambar Boleh Terus Hantar Ke Facebook



LONDON - Rakaman video memaparkan wajah ceria rakan dan dimuat naik ke dalam laman sosial sudah menjadi kebiasaan pada masa ini. 

 Bagaimanapun, sebuah ciptaan baru yang dihasilkan sebuah syarikat media so-sial mungkin akan memudahkan individu untuk merakamkan saat indah secara langsung dan terus dipaparkan di dalam laman sosial Facebook. 

 Kaca mata hitam ZionEyez berharga 92 pound (RM451) dipercayai boleh merekodkan imej sekeliling dan dihantar secara terus ke telefon bimbit melalui sambungan Bluetooth. 

Kamera kecil tersorok pada bingkai sebelah kanan juga agak sukar dikesan dan jika mahu merakamkan imej, pengguna hanya perlu menekan butang di bahagian tengah bingkai. 

Ia menggunakan bateri litium dan boleh bertahan sehingga tiga jam serta dilengkapi kanta gelap mempunyai perlindungan 100 peratus daripada sinaran ultra ungu. 

Bagaimanapun, ciptaan baru itu didakwa turut mencetuskan keraguan pengguna blog dan laman sosial kerana ia mungkin disalah gunakan individu tidak bertanggungjawab.



Sumber: SinarHarian



1 comments:

Sekamar Rindu said...

salam...

hebat tuuuu..:)

* folo ur blog..

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK