Seperti yang telah dijangka oleh orang ramai, Kejuaraan Akademi Fantasia musim 9 dan yang terakhir adalah milik Hazama.
PUTRAJAYA  12 Jun – Program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan  (AF9) atau yang terakhir mengangkat Hazama sebagai juara pertandingan  nyanyian itu pada konsertnya yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini  malam ini.
Dengan kemenangan itu, Hazama atau nama sebenarnya  Hazama Ahmad Azmi, 26, membolot hadiah berupa wang tunai RM200,000,  hamper, wang tunai RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony  Handycam bernilai RM3,299 dan trofi.
Naib juara pertandingan yang  diacarakan Aznil Nawawi, AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley  itu dimenangi oleh Lena atau Lenaber Haider, 22, yang membawa pulang  hadiah wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai bernilai RM2,000  sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499  serta trofi.
Tempat ketiga pertandingan yang disiarkan menerusi  Astro Ria itu diraih oleh Fina atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat  yang menggondol wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai bernilai  RM1,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai  RM1,499 sumbangan Sony dan trofi.
Sementara itu, tempat keempat  pula dimenangi oleh Azri yang merangkul hadiah wang tunai RM5,000,  sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan sebuah  trofi sumbangan Astro.
Pertandingan akhir yang dihadiri kira-kira  5,000 penonton itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran  Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 12 malam.-Utusan.
Disini aPiP sertakan lirik dan PROMO lagu Cinta Teragung-Hazama...LAYAN~
Lirik Lagu Cinta Teragung – Hazama AF9
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku
lagu yang juga hangat di corong radio tempatan ketika ini bertajuk ''Pokok'' nyanyian Hazama dan Meet Uncle Husein'' (video bawah)


0 comments:
Post a Comment