Monday, July 4, 2011

SKMM pantau secara khusus blog & portal


04/07/2011 5:25pm

KUALA LUMPUR 4 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat pemantauan Internet secara khusus terhadap laman blog atau portal berita yang telah dikenal pasti selain daripada menjalankan pemantauan rambang, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata, langkah ini diambil berikutan terlalu banyak laman web atau blog yang terdapat di Internet dan sukar untuk pihak berkuasa memantau setiap laman itu satu persatu.
Katanya, pemantauan juga dijalankan berdasarkan aduan orang awam.
"SKMM sentiasa menggalakkan orang untuk membuat aduan ke Biro Aduan SKMM (aduan.skmm.gov.my), Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF - www.cmcf.my) dan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM - www.cfm.org.my) sekiranya mempunyai maklumat mengenai kandungan laman web atau blog yang menyalahi undang-undang,” katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon. - Bernama

sumber : utusan



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK