Penutupan stesen kereta api lambang kejayaan kerjasama Malaysia-Singapura
2011/07/01
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan penutupan stesen kereta api KTM Berhad di Tanjong Pagar mulai malam tadi sebagai satu lambang kejayaan pelaksanaan Perkara-perkara yang Dipersetujui (POA) antara Malaysia dan Singapura bagi merintis jalan memajukan lagi pelbagai bidang untuk kepentingan bersama. Beliau memuji rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, kerana kepimpinan dan keazamannya telah membolehkan kedua-dua pihak sama-sama menikmati hasil daripada hubungan yang lebih baik itu."Saya gembira kerana Singapura dan Malaysia telah berjaya menyelesaikan dengan baik satu isu yang tertangguh lebih 20 tahun," katanya merujuk kepada pelaksanaan POA mengenai tanah KTMB itu.Stesen Tanjong Pagar yang berusia 80 tahun, ditutup tengah malam tadi selepas kereta api terakhir yang dipandu Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail, berlepas sejam sebelum itu.
Kerajaan Singapura akan mengekalkan bangunan itu disebabkan oleh faktor sejarahnya.
Lee juga mengucapkan terima kasih kepada menteri-menteri dan pegawai-pegawai dari kedua-dua pihak yang telah bekerja keras dan menjalin hubungan baik dalam melaksanakan perjanjian itu.
Pada satu pertemuan pada 24 Mei tahun lalu, Lee dan Najib mengumumkan bahawa stersen kereta api KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Woodlands, juga di Singapura, bermula 1 Julai 2011 (hari ini).
Satu lagi stesen kereta api KTMB di Singapura, stesen Bukit Timah, juga tidak lagi beroperasi. - BERNAMA
Sultan Johor memandu sendiri kereta api KTMB
dari tanjung pagar ke johor bahru.
Pembukaan Stesen Tanjung pagar 1932 .
Kepala Lokomotif Bersejarah 1932.
1970.
Sumber
0 comments:
Post a Comment