Thursday, July 7, 2011

Kes Tergempar Di Johor ~BUNUH, CINCANG DAN BAKAR GADIS.

"Ya Allah, dengan anak yang diamanahkan kepada saya ini, sayalah yang bersalah, saya ini tak bisa menjaga sepenuhnya tentang anak saya ini. Mungkin Allah Taala akan menjaga lebih baik. Mungkin saya tak cukup sayang, Allah (SWT) lebih sayangkan anak saya ini."

Itulah antara ungkapan seorang bapa, Qomardin Bajuri yang kehilangan anak meniti usia remaja, Nurrahayu atau Ayu, yang dipercayai dibunuh, dicincang dan dibakar secara kejam.


Ayu, 16 tahun, hilang sejak 14 Jun lalu selepas dihantar pulang seorang rakan lelaki kira-kira jam 2 pagi di pintu masuk sebuah kawasan pembinaan perindustrian di Bandar Seri Alam, Johor Bahru. 

Ibubapa Ayu berniaga di dalam kawasan pembinaan itu. Ayu perlu berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit untuk tiba dari pintu masuk sehingga ke kedai bapanya.

Rangka serta cebisan mayat mangsa ditemui di tiga tempat, di Jalan Masai - Kong Kong dan dua lagi di ladang kelapa sawit Batu 20, Sungai Tiram.

Kami sempat kembali ke tempat kejadian semalam dan perjalanan ke semua tempat kejadian bukanlah mudah seperti kami sangkakan. Dengan jalan berdebu dan mukabumi tidak sekata dan berbukit, kami meredah juga dengan kenderaan kami.




Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Johor Bahru ini dibakar selepas mayatnya dikerat.

Suspek - seorang pengawal keselamatan berusia 40-an sudah ditahan polis sejak 3 Julai lalu dan dikenakan tahanan reman selama tujuh hari. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, mandatori.

Perincian kes ini bakal disiarkan melalui 999, malam ini. Insyaallah.


Sumber



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK