Ibarat Balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain. Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu.
Pada 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah terkubur dibawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.
Sejarah Kota Pompeii
- Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.
- Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.
- Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
- Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.
- Selepas sekian lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu sepi selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
- Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta melenyapkan Pompeii dari sejarah beradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah- olah menjadi patung batu.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment