SEJARAH industri perfileman tempatan terus dicipta dengan bangganya apabila hasil tangan anak tempatan yang baru berusia 27 tahun, Syamsul Yusof terus dilakar apabila terbaru arahannya, KL Gangster membuat kutipan kasar RM10.3 juta.
Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu dijangka mampu membuat kutipan sehingga RM11 juta kerana mengikut Syarat Wajib Tayang, masih ada seminggu lagi ditayangkan di panggung utama.
Bagaimanapun, ia mungkin mencatatkan rekod tersendiri iaitu menjadi filem tempatan pertama membuat kutipan kasar melepasi angka RM10 juta menerusi tayangan di panggung mengikut peraturan Syarat Wajib Tayang sahaja, iaitu tidak termasuk tayangan di panggung bebas atau daripada bayaran hak siaran di TV.
Filem yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu dan berdasarkan kutipan kasar itu, ia sekali gus berjaya menandingi filem Hollywood yang pernah ditayangkan di tanah air hingga hari ini.
Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan KL Gangster itu diukur dari aspek pembikinan yang menyerlahkan hasil kualitinya.
“Alhamdulillah atas kejayaan ini, sebenarnya saya sedikit bimbang apabila ingin bercerita mengenai kutipan filem yang dikhuatiri menjadi riak. Saya bercerita atas penilaian saya dan pihak pawagam yang meramalkan filem itu mampu pergi lebih jauh.
“Saya ada melayari internet dan mengetahui sendiri maklum balas daripada mereka yang sudah menontonnya, ramai yang bercerita mengenai aspek komersial dan kualiti penghasilannya dan tidak banyak yang menceritakan mengenai aspek negatif.
“Dari ramalan pihak pawagam juga, mereka menyatakan filem ini berkemungkinan akan melepasi RM11 juta sehingga tempoh wajib tayang. Insya-Allah kerana kita masih mempunyai masa beberapa lagi untuk melepasi sasaran itu,” katanya yang dihubungi Hip semalam.
Namun begitu kejayaan filem itu juga, membuatkan Yusof bimbang dengan tekanan yang akan dihadapi anaknya untuk menghasilkan filem seterusnya selepas ini.
“Saya melihat Syamsul semakin tertekan dengan situasi itu, orang di luar sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih berkualiti. Jika dilihat, filem pertamanya Evolusi KL Drift mencatat kutipan RM2 juta, diteruskan dengan Bohsia RM4 juta, KL Drift 2 (RM6 juta), Khurafat (RM8 juta) dan kini sudah mencecah RM10 juta, graf itu semakin menaik dan ia cukup merisaukan dia dan saya juga,” katanya.
Filem kelima arahan Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 itu turut dibintangi Syamsul sendiri (Shark), Ady Putra (Jai), Sheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).
Sementara itu, Syamsul turut membayangkan untuk menghasilkan sambungan kepada filem KL Gangster 2 tidak lama lagi.
Katanya, penggambaran akan dimulakan pada Oktober depan dan ketika ini dia sedang berbincang dengan panel skrip serta barisan pelakon yang membintangi filem itu nanti.

“Saya juga ada menyatakan hasrat untuk mengambil Rosyam Nor sebagai pelakon,” katanya.
0 comments:
Post a Comment