Tuesday, June 21, 2011

Saintis Jepun Cipta Daging Dari Najis Manusia


TOKYO | Penyelidik dari Jepun nampaknya agak 'berlebihan' dalam menerapkan prinsip kitar semula. Kenapa tidak, mereka telah memutuskan untuk mencipta daging steak yang dibuat dari najis manusia.

VIDEO
Japanese scientist making artificial meat from human feces.

Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Okayama Laboratory, mendapatkan idea aneh ini selepas menerima permohonan badan pengendali Tokyo Sewage kepadanya untuk mencari kaedah yang dapat memanfaatkan sisa kumbahan di bandar itu.

Ketika menemui bahawa kotoran manusia terbukti mengandungi protein, Ikeda bersama pasukan penyelidiknya mengekstraks protein tersebut untuk mencipta daging buatan. Ikeda menggunakan zat pewarna makanan untuk mencipta warna kemerahan pada daging serta menambahkan kicap sebagai penyedap rasa.

Photobucket
menikmati daging taik.... hahaha...

Memiliki kandungan 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus lemak serta 9 peratus mineral, Ikeda mendakwa beberapa orang yang telah merasa daging ini ternyata cukup menyukai rasanya. Menurut mereka, steak najis ini cukup lazat dan memiliki rasa seperti daging biasa.

Photobucket

Ikeda berharap daging ini dapat menjadi salah satu penyelesaian dalam mengatasi pemanasan global. Ini kerana, haiwan ternakan menghasilkan pengeluaran gas rumah hijau yang cukup besar.

Walaupun begitu, penerimaan masyarakat terhadap daging ini masih sangat diragui. Bukan sahaja merasa jijik apabila mengingati punca asal daging tersebut, namun harga jualannya juga 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding steak biasa.

p/s: betol-betol terdesak ker per nak makan daging... selekehh...wekkk... nak muntah  aku..



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK