Thursday, June 30, 2011

Penjaga gol kena kad kuning kerana bantu kucing


Penjaga gol Medjimurje Cakovec (kelab Croatia), Ivan Banovic,sangat prihatin dengan haiwan.Ini kerana walaupun bermain bola, dia tetap memperdulikan keselamatan kucing yang masuk ke padang.

Itu terjadi pada pertandingan Division I Croatia antara kelab Sibenik dan Medjimurje Cakovec. Perlawanan yang pasti akan menjadi kenangan bagi seekor kucing, juga Banovic. Sebab kucing itu diselamatkan Banovic. Dan, akibat tindakannya itu, Banovic di berikan kad kuning. Kisah ini langsung mendapat liputan khas di media-media Crotiaa.


Ivan Banovic terkejut ketika pertandingan memasuki minit ke-20 dalam pertandingan , yang diadakan di kota kecil pantai Sibenik. Sebab, tiba-tiba ada kucing berjalan ke arah tiang gol yang dikawalnya. Demikian dilaporkan harian Jutarnji List di laman webnya.

Banovic (25) mengangkat haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang. Dia kemudian menaruhnya di tempat aman di dekat papan markah.

Namun, pengadil menganggap tindakan Banovic tidak layak dan segera mengeluarkan kad kuning buat pemain itu. Alasannya, ia meninggalkan kawasan gol tanpa izin.

Menurut laporan media, sikap pengadil itu membuat para penonton marah. Mereka mengejek dan mengolok-olok pengadil pertandingan. Mungkin, penonton menganggap pengadil tiada perasaan dan kasih kepada haiwan.

Pada pertandingan itu, Sibenik akhirnya menang dengan 1-0.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK