Mumia adalah mayat yang tubuhnya telah terawet secara sengaja atau tidak sengaja, oleh bahan kimia dan juga disebabkan oleh suhu, udara dan kelembapan yang sangat rendah. Mumia manusia dan haiwan banyak ditemui di seluruh dunia.
Berikut ini adalah mumia yang paling menarik dan sebahagian besar masih dapat dilihat sehingga sekarang.
.
Elmer McCurdy
Elmer McCurdy (Januari 1880 – 7 Oktober 1911) adalah seorang penjahat yang mati didalam kejadian tembak menembak di Oklahoma. Ketika tiada yang ingin menuntut jenazahnya, maka mayat itupun awetkan dengan alasan bahawa suatu hari pasti akan ada yang mengambil jenazah itu.
Dan 5 tahun kemudian, seseorang yang mengaku saudara Elmer ingin menguburkan beliau secara yang lebih dihormati. Ketika saudaranya ingin mengambilnya, mereka tidak sangka itu adalah jenazah Elmer. Mereka cuma menggangap itu hanyalah patung lilin, dan mereka pun menjual jenazah itu ke tempat karnival setempat untuk dijadikan target latihan menembak. Dan ketika jenazah yang dianggap patung itu ditembak di bahagian lengan, terbuktilah kebenaran bahawa itu Elmer McCurdy.
.
Vladimir Lenin
Vladimir Ilyich Lenin (10 April 1870 – 21 Januari 1924) adalah salah satu tokoh politik terkemuka dan para pemikir revolusioner abad ke-20, yang menjadi orang kuat Bolshevik yang mengambil alih kekuasaan di Rusia pada tahun 1917, dan merupakan pemimpin pertama Soviet.
Pada bulan Mac 1923, dia menderita stroke untuk yangg ketiga kalinya, yang membuatnya lemah dan selalu terlantar ditempat tidur sehingga dia meninggal pada 21 Januari 1924 pada umur 53 tahun, di perumahan di Leninskiye Gorki. Tubuhnya diawetkan dan dipamerkan di Lenin Mausoleum, Moscow dan masih boleh dilihat sehingga sekarang
.
Ancient Pompeiians
Mayat yang terkubur oleh abu panas dari letusan Vesuvius. Kini mumia tersebut dapat dilihat di Museum arkeologi Napoli.
.
Juanita The Ice Maiden
Juanita ( “The Ice Maiden” ) ditemui di puncak Gunung Ampato, Peru, pada tanggal 8 September, 1995. Dia adalah salah seorang yang dikorbankan untuk para dewa kaum Inca pada 500 tahun yang lalu. kini Juanita dipamerkan di Santuarios Museo de Altura di Arequipa, Peru.
.
Ötzi The Iceman
Ötzi adalah seorang lelaki dari sekitar 3300 SM (53 abad yang lalu). Mumia itu ditemui pada bulan September 1991 di Schnalstal gletser di Ötztal Alps, dekat Hauslabjoch, di perbatasan sempadan antara Austria dan Itali. Tubuhnya kini dapat dilihat di South Tyrol Museum of Archaeology di Bolzano, Itali utara
.
Ginger
Kenapa dinamakan Ginger? kerana mumia ini adalah mumia yang diyakini mumia pertama dari Mesir. Dan meskipun telah meniggal 5000 tahun yang lalu, mumia ini sangat sempurna, rambut, kaki bahkan kukunya masih kelihatan sempurna. Ginger ditemui di Gebelein, Mesir dan pada waktu ini dipamerkan di British Museum.
.
Rosalia Lombardo
Mayat Rosalia Lombardo, seorang anak perempuan Cecilia berusia dua tahun yang meninggal tahun 1920, masih kelihatan segar. Mumianya yang dikenali dengan “Sleeping Beauty” disimpan dalam kotak kaca di biara Capuchin Palermo, Itali.
.
King Tutankhamun
Tutankhamun (sekitar 1341 SM – 1323 SM) adalah seorang firaun Mesir dari dinasti ke-18 semasa tempoh sejarah Mesir yang dikenali sebagai Kerajaan Baru. Tutankhamun berumur 9 tahun ketika ia menjadi firaun dan memerintah selama sekitar 10 tahun, sehingga kematiannya.
Makam Tutankhamun di Lembah Raja-Raja (di mana ia masih berada) ini ditemukan oleh Howard Carter pada tahun 1922 hampir sepenuhnya elok dan Tutankhamun mumia paling lengkap diantara raja Mesir kuno yang pernah ditemui.
.
Lady Dai (Xin Zhui)
Pada tahun 1971, sekumpulan pekerja di China yang menggali tempat bekas serangan udara dekat kota Changsha, mereka telah menemui makam – makam Era Dinasti Han yang berisi lebih dari 1000 artifak yang terawet dengan baik, serta “mayat yang diawetkan yang paling sempurna yang pernah ditemui” yang diketahui. Makam itu adalah Makam milik Xin Zhui, isteri Marquis Han yang meninggal antara 178-145 SM.
Misteri “The Lady Dai’ ini masih belum terungkai. Para saintis percaya mayat itu terawet secara luar biasa kerana disebabkan oleh 22 gaun sutera dan jerami dan 9 pita sutera yang membungkus mayatnya dan menghalang udara keluar. Namun, beberapa ilmuwan mendakwa bahawa kunci sebenar untuk awetannya terletak pada cairan kemerahan misteri yang ditemui didalam peti mati tersebut. Kini Lady Dai dapat dilihat di Muzeum daerah Hunan.
0 comments:
Post a Comment