Malaysia membuka jaringan gol pada minit ke-27 menerusi tolakan deras Amirulhadi Zainal hasil keadaan kelam kabut di depan gawang Myanmar. Pada minit ke-54, Malaysia berjaya menggandakan jaringan menerusi jaringan cantik Baddrol Bahtiar yang menerima hantaran Abdul Hadi Yahya dari sebelah kanan.
Malaysia yang membuat 6 petukaran pemain pada separuh kedua berjaya mengekalkan momentum perlawanan namun tiada gol tambahan dapat dijaringkan. Myanmar yang sekali-sekala cuba membuat serangan gagal mendapatkan sebarang gol hinggalah wisel penamat dibunyikan.
Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan bekas ketua pasukan Kebangsaan, Aidil Zafuan terpaksa diusung keluar padang setelah mengalami kecederaan serius semasa cuba membuat terjahan kepada penyerang Myanmar pada minit ke-72.
Gol pertama malaysia hasil jaringan
Amirulhadi Zainal
Gol kedua malaysia hasil jaringan
0 comments:
Post a Comment