Doktor mencadangkan setiap wanita menanggalkan make-up dorang setiap malam sebelum dorang tidur, bagi mengelakkan kerosakan pada kulit dorang, tetapi seorang gadis muda Korea Selatan telah memilih untuk memakai make-up untuk jangka masa yang panjang iaitu selama dua tahun.
Bae Dal-mi, 20, mula mencuba untuk memakai make-up apabila dia berumur 14 tahun. Kita boleh katakan yang ia merupakan 'cinta berus pertama', hehe..dan semenjak itu, gadis Korea itu mula meningkatkan skil dan bakatnya untuk menyolek tempat-tempat yang dia utamakan dan selepas itu dia tak mahu untuk menanggalkan make-up tersebut. Seperti dia sentiasa mengenakan lapisan make-up yang tebal pada mukannya, cermin telah menjadi antara barang yang paling penting di dalam kehidupan Bae dan dia telah memutuskan “saya mahu kelihatan sempurna sepanjang masa, saya juga telah tidur bersama dengan make-up di muka.” Gadis ini kelihatan tidak begitu berpuas hati dengan penampilannya, dan dia pernah berkata dia mahu melakukan pembedahan plastik di 10 bahagian yang berbeza.
Untuk dua tahun yang terakhir, gadis muda ini tak pernah menggunakan penanggal make-up, oleh sebab itu ibunya berasa tidak senang dengan sikap Bae itu. Kemudiannya ibu Bae telah menghubungi stesen TV dan menceritakan kisah Bae yang menakjubkan ini. Semasa pertunjukan aneka ragam, beberapa dermatologist (pakar kulit) telah berusaha untuk meyakinkan Bae Dal-mi untuk menanggalkan make-up di wajahnya.
Dan selepas seorang pakar memeriksa, mereka mendapati kulit gadis itu kelihatan dua kali lebih tua dari umurnya yang sebenar. Semua ini disebabkan oleh ketaksubannya pada kecantikan...susah betul orang jenis macam ni..kan?
macam mana lah pompuan ni mandi agaknya... mandi macam bujang lapok kot..hahaha
Sumber: M.Z's Site
0 comments:
Post a Comment