Selepas menangkap 32 orang yang dipercayai anggota kumpulan ‘hacktivist’ atau penggodam Internet, Anonymous, kerajaan Turki membebaskan sembilan penggodam yang didakwa bawah umur, lapor agensi akhbar negara berkenaan semalam.
Penangkapan besar-besaran itu dilakukan pada hari Ahad, selepas Anonymous berjaya menjatuhkan beberapa laman web kerajaan Turki.
Kumpulan itu memantau laman-laman web dalam protes terhadap sistem baru Turki yang didakwa menapis Internet mulai Ogos, demikian menurut kumpulan berkenaan dalam satu blog.
“Internet merupakan pentas untuk kebebasan. Tempat di mana sesiapa dan semua orang boleh bersama membincangkan pelbagai topik tanpa rasa takut kepada campur tangan kerajaan,” Anonymous berkata dalam posnya.
“Kami, Anonymous, tidak akan tengok sahaja dan membenarkan perkara ini.
“Kami akan berjuang dengan rakyat Turki menentang penapisan oleh kerajaan mereka.”
Penangkapan itu berlaku selepas tiga ahli Anonymous ditangkap di Sepanyol pada hari Jumaat.
sumber: http://latimesblogs.latimes.com/technology/2011/06/anonymous-members-released-after-32-arrested-by-turkey-.html
0 comments:
Post a Comment