Wednesday, June 15, 2011

Airbus Perkenal Kapal Terbang Lutsinar Berteknologi Tinggi

Airbus baru sahaja mengumumkan konsep baru kapal terbang masa hadapan mereka yang mempunyai dinding membran lutsinar berteknologi tinggi, membolehkan penumpang menikmati pemandangan langit pada waktu malam. Dinding membran yang menggunakan sistem hologram itu akan berubah mengikut keadaan cahaya persekitaran. Selain daripada itu, pengenalan kabin mengikut kelas tidak lagi wujud sebaliknya akan diganti dengan kabin untuk bekerja, berehat dan bar/kafe untuk bersosial.

Aku rasa apa yang perlu untuk kapal terbang pada masa hadapan adalah saiz kapal terbang yang lebih besar. Dengan keupayaan teknologi baru pada masa hadapan, diharapkan kos untuk membina kapal terbang yang besar dan jumlah bahan bakar yang digunakan akan dapat dikurangkan, seterusnya memberi lebih keselesaan kepada penumpang pada harga yang berpatutan.

Gambaran artis untuk rekabentuk pesawat tersebut

Pemandangan dari dalam kabin

Memang romantik la macam ni..

Kabin berteknologi tinggi juga membolehkan penumpang bermain golf secara virtual dalam pesawat



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK