Wednesday, May 25, 2011

Persoalan~Adakah Starbucks Dan Coffee Bean Halal?

Assalamualaikum pengguna2 muslim sekalian,

Rata2 remaja hari ini sudah biasa dengan kedai2 kopi yg berprestij seperti Starbucks atau Coffee Bean. Tidak dapat dinafikan kedai2 tersebut mmg menyajikan kopi, teh dan makanan yang lazat dan mengiurkan bagi sesiapa yang lalu di hadapan premisnya. Persoalan itu timbul... Adakah Starbucks dan Coffee Bean halal?

"Eh, aritu ak ade dpt email. Dlm email tu, org tu ckp, kopi starbucks ngan coffee bean ade bende x halal la. Kek die pon ade wine ke, rum ke... mcm2 tu la. Haram kot mkn bende2 tu." Biasakah anda menerima statement begini? Jika pernah, individu tersebut mungkin merujuk kepada maklumat yang boleh didapati di internet dan juga inbox mail anda. Maklumat itu juga boleh didapati di website http://mforum4.cari.com.my/archiver/?tid-346105.html dan juga di http://halalguide.org/Starbuck_haram.html.

Namun begitu, benarkah maklumat yang telah diberikan itu? Adakah bahan2 yang digunakan dari sumber yang haram?



Di dalam maklumat itu, dinyatakan bahawa emulsifier yang digunakan adalah dari sumber yang haram. Walaubagaimanapun, tuduhan itu hanyalah sekadar tuduhan. Tiada bukti yang dilampirkan untuk memperkukuhkan tuduhan tersebut.

Raspberry frap telah dicelup alcohol dan tiramisu mengandungi rum(sejenis alcohol). Kedua2 tuduhan ini juga tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Setakat khabar angin sahaja.

Untuk mengetahui status halalnya yang sebenar, kita perlulah merujuk kepada JAKIM. Dari website JAKIM, didapati bahawa Starbucks dan Coffee Bean adalah pemegang sijil halal yang sah.



(sila klik pada imej untuk senarai penuh)

(sila klik pada imej untuk senarai penuh)

Selain daripada itu, maklumat halal kedai2 tersebut bole didapati di websitenya sendiri iaitu di
http://starbucks.com.my/en-US/_Food/
dan
http://www.coffeebean.com.my/faqs.html

Maklumat halal ini diperkukuhkan lagi dengan salah satu aduan yang diterima JAKIM. JAKIM telah membalas aduan tersebut dengan jawapan berikut:
http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=7436&a=U


Tarikh Aduan:
28/04/2008 - 11:16:52
Jawapan :
Salam, Cafe yang tuan nyatakan merupakan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Namun, pihak tuan perlu pastikan premis tersebut mempamerkan sijil pengesahan halal JAKIM di premis bagi memastikan premis tersebut sudah mendapat pengesahan halal.JAKIM memberi pengesahan halal berdasarkan alamat premis dan bukan keseluruhan. Namun begitu, cafe Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia secara amnya merupakan pemegang sijil halal yang sah. Terima kasih

Jelas sekali jawapan yang telah diberikan oleh JAKIM.

Kesimpulannya, Starbucks dan Coffee Bean adalah pemegang sijil halal yang sah. Makanan, minuman, bahan2 dan cara2 penyediaan telah diiktiraf JAKIM sebagai halal.


Credit: JURNAL HALAL



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK