Friday, December 9, 2011

Cool ~ Sekitar Tapak Pembinaan LEGOLAND Malaysia Di Nusajaya, Johor.

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia. Hari ini aPiP nak kongsi sikit mana yang diketahui tentang taman tema Legoland yang bakal di buka di Nusajaya,Malaysia ini.
And I'm Proud To Be A Johorean LOL

LEGOLAND yang berstatus "antarbangsa" ini merupakan yang pertama di Malaysia. Mungkin anda teruja untuk mengetahui harga tiketnya yang maha.


Bagi yang belum tahu, inilah harganya: Pas sekali masuk bagi seorang dewasa adalah RM 140 dan kanak-kanak RM 110. Jika anda adalah rakyat Malaysia dan mempunyai myKad anda akan dapat rebet tunai sebanyak RM 30 (jadi RM 110 dan RM 90) still mahal bukan?


Berikut inilah gambar (30 gambar) construction site LEGOLAND:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 


Sedikit Info berkenaan LEGOLAND Malaysia:
  • Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya di Asia, dijangka dibuka pada penghujung 2012 dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama beroperasi.
  • Buat masa ini Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara apabila perancangan untuk membina ia di Jepun dan Korea direalisasikan.
  • Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
  • Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.

    Laman Web Legoland Malaysia www.legoland.com.my



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK