Sunday, November 27, 2011

Mata Yang Dilukiskan Tatoo Pertama DiDunia

Jika selama ini media tatoo hanya dilakukan di kulit sahaja , dengan rupa corak gambar yang berwarna warni dan menarik sudah cukup membuatkan pemilik tatoo merasa banggga, bagaimana dengan ini, sebuah tatoo yang dilukis dengan jarum di kornea mata anda ? beranikah anda mencubanya??

Tatoo bola mata ini dilakukan dengan menyuntikkan zat warna ke lapisan atas mata. bunyinya agak ekstrim karana bahagian putih bola mata atau kornea akan menjadi bahagian utama untuk dilukis.

Selain berani menahan sakit akibat tusukan jarum di bahagian mata, risiko kesihatan yang membahayakan mata juga perlu ditannggung si pemilik tatoo bola mata ini.

Hanya doktor pakar mata sahaja yang boleh melakukan teknik tersebut. Seorang pelukis tatoo biasa tak akan berani. “Saya bukan doktor. Saya tidak akan melakukannya untuk sesiapa pun. Saya tidak ingin bermain-main dengan hal yang boleh menimbulkan risiko penglihatan,” ujar Al, seorang pelukis tatoo, seperti diambil Times of India.
















Lelaki pertama yang mencuba tatoo bola mata adalah seorang warga Kanada, Pauly Unstoppable. Sebanyak 40 suntikan warna biru disuntik di bahagian bawah korneanya untuk mengubah warna putih bola matanya menjadi biru nila.

Selain tatoo mata ini, teknik ekstrim lainnya adalah tindik mata. Pelbagai pilihan tindik berbentuk hati, bulan sabit, haiwan atau potongan kecil permata berukuran sekitar 3,5 mm, akan ditempatkan di mata, lapisan transparan yang menutupi permukaan luar mata. Seluruh proses tindik mata ini tidak melebihi dari 15 minit.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK