Tuesday, November 8, 2011

Makanan Pelik Hari Raya Haji

Oleh sebab baru masuk hari ke-3 Hari Raya Haji. Mood raya aku memang biasanya agak panjang sebab cuti pun agak panjang, (jangan tanya aku kenapa cuti panjang) Aku nak cerita sikit mengenai raya. bukan baju raya, bukan duit raya, apa bagai raya sekalipun, tapi mengenai makanan hari raya. Apa yang korang tahu jenis masakan atau menu apa yang biasanya akan terhidang pada hari raya pertama? Rata-rata akan masak menu yang agak special kan? dari menu nasi beriyani, laksa, lontong tu kalau ikut dari menu-menu dari pelbagai negeri lah kan, dah tu, hari raya aidil adha ni memang tak lari dari daging lembu agihan dari surau dan masjid ye tak? haa.. kali ni aku nak share sikit mengenai menu pelik yang datangnya dari seekor lembu..

Haa..yang mana tak pernah tengok haiwan korban, masa ni lah peluang terbaik korang. Nak snap gambar guna DSLR ke, nak buat video FULL HD ke. macam-macam boleh buat. dalam peti ais rumah tu penuh ngan stok daging. dari ke daging, sampai ke tulang, sampai ke ekor dan segala bahagian lembu tu la. kepala lembu jer x muat haha..

Bawah ni ada aku letak gambar yang mana datangnya dari bahagian-bahagian lembu, dan boleh dianggap makanan yang pelik untuk aku makan, serius aku katakan aku agak takut dan geli nak cuba makanan yang pelik-pelik macam bawah ni.


SUP EKOR


 Kalau yang ni agak biasa kot korang boleh jumpa


SUP TULANG/GEAR BOX




Yang ni pasti korang tahu dan kadang-kadang boleh dijadikan menu bersama mee rebus dan korang boleh sedut-sedut lemak dalam tulang tu.


ROJAK KATEH


Yang ni dari sumber google memang berasal dari negeri pantai timur
dan negeri lain memang takkan jumpa.

PEROT LEMBU


Yang ni aku pasti korang pernah makan, biasanya dimasak gulai lemak atau masak lomak cili api, atau yang sebegini


LIDAH LEMBU



 Lidah ni, ada orang buat sup, ada tu goreng kunyit macam atas ni, ada jugak wat masak lemak. 


OTAK LEMBU


Ni dia otak lembu, kalau nak jadi zombie sangat boleh lah cuba menu ni ek.

BATU LEMBU



Haih... macam-macam lah manusia punya selera, semua nak dimakan nya, naik migraine aku buat entri ni sebab tekak pon dah naik loya, yang pastinya organ dalaman haiwan ni tak elok kalau makan selalu, tu jer yang aku tau setakat ini. Kalau ada yang lain share lah kat aku ek.



2 comments:

Adibah Ishak said...

okayyy lidah n otak leh terima lagi.. tapi otakkk?? ala beli la peti ais besar2 muat la kepala lembu tuu XD

aPIP said...

ee.. haha.. zombaa... :D

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK