Gambaran Cara Sebatan Cara Islam
SEBAT CARA ISLAM
- Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
- Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
- Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
- Sebatan dengan kekuatan sederhana.
- Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
- Tidak melukakan kulit pesalah
Gambaran Cara Sebatan Cara Civil
SEBAT CARA SIVIL
- Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
- Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
- Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
- Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
- Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
Siapa lagi kejam? Cara Civil atau Cara Islam (Hukum Hudud) ?
Fikir-fikirkan...
Kenapa ada bantahan? Isu Hukum Hudud ni harus diteruskan, sebab ini
adalah Hukuman Cara Islam yang dah tertulis dari Al-Quran.. Jangan
dijadikan momokkan politik mendolak dalih hal agama dicampur adukkan
agenda politik.. Wehh! Sedar lah, jangan lah korang sesedap mulut
menolak ajaran Allah ni.. Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim..HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud
- Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
- Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
- Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
- Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
- Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
- Hukuman : sebat 80 kali
- Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
- Hukuman : sebat 40 kali
- Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
- Hukuman : potong tangan
- Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
- Hukuman :
(f) Riddah (murtad);
- Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
- Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
- Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
- Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
- Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
Sumber : mejuez
- http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm
- http://www.omaq.org/v3/2011/10/07/beza-hukum-civil-vs-hukum-hudud/
0 comments:
Post a Comment