Friday, September 23, 2011

Notebook Yang Sangat Style!

Kali nih aku nak tunjuk pulak buku nota yang memang amat membantu dalam pelbagai juga bidang korang, dan membantu tokey kedai buku tu sendiri untuk cepat untung dan kaya dengan design buku nota nih, tak caya? jom tengok bawah nih


Aku suka design notebook nih time april fool sebab boleh prank kengkawan yang kelahiran Boston 'konon konon mat saleh', kalau belah Malaysia ni dorang kena buat notepad jenis sambal belacan ker, nasi lemak ker baru steady sikit nak prank..wakkakaa..


Piano ni plak notepad yang dikhususkan untuk yang amek kerja khusus untuk bermain piano, jadi adik adik yang belajar di Yamaha Muzik bolehla beli buku notepad untuk buat kod "tauge" kat dlm notepad ni masa belajar kan? takpon cipta satu lagu bagi kat 'GF' atau 'BF'.huhu..

Yang ni plak khas dan sesuai untuk korang yang memang jenis pantang nampak dinding kat memana tak pon pintu toilet nak tulis nombor amoi cun pandai kangkang dan sebagainya,HAHA.. mungkin boleh menghilangkan ketagihan anda disini, jadi takda la dinding kat malaysia ni penuh dengan ayat lucah dan nombor talipon aje..


Segitiga notepad nih plak dah boleh bagi kat adik-adik kecik korang untuk asah bakat dalam matematik untuk mengenal paksi-paksi yang ada, student poli a.k.a budak-budan engineering pon bleh pakai,kahkah.. termasuk jugak makcik yang duduk kat umah kerja tukang jahit baju dan tiba-tiba pembaris ilang, bleh pakai natang nih. ok kan.. ? hehe.. contoh jer..

Yang ni aku tak berapa berani nak tunjuk tapi tunjuk gak la cuma jangan gunakan di atas jalan raya, anda mungkin akan ditangkap dan dimasuk ke dalam lokap kalau guna notepad nih. pistol emas, pak polis yan meronda jer boleh bawak nih, memang sesuai r kan..


Kepada peminat sukan atau Coach sukan tak kira la bola keranjang ker, bola sepak ker, bola baling ker, boleh  lukiskan taktik untuk pasukan anda ketika berlawan dengan geng taman sebelah atau pon kampong melayu majide nuhh..haha.


Yang ni plak untuk kaki gila gadget yang tak jailbreak punya ipad tapi nak mengebat jugak, kalau yang ni korang boleh guna sebab kalau nak beli kat Apple punya website untuk application tu sumpah mahal nak meninggal..hehe, siap kena convert segala bagai. Jadi bolehlah buat tulis surat rasmi untuk letak jawatan ataupon buat power point pakai neh, lepas tu lekat kat depan kelas untuk presentation assingment korang,sangat cool kan?? haha...gerek punya. #kbai :)



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK