Friday, September 16, 2011

Model Kereta Lamborghini Paling Mahal Di Dunia



Robert Gülpen , 52 tahun, seorang pakar membuat model telah membina sebuah model berskala 1:8 untuk kereta Lamborghini Aventador daripada karbon fiber, emas dan batu permata. Gülpen menyifatkan ciptaannya sebagai “high-tech work of art” kerana model Lamborghini Aventador LP 700-4 ciptaannya diperbuat daripada karbon seperti kereta asal dan terdapat kira2 €2 million batu permata yang diletakkan di tempat duduk, steering dan lampu.

Beliau mengambil masa kira-kira 500 jam untuk meyiapkan model tersebut, tapi hasil kerja kerasnya akan berbaloi apabila model tu akan dipamerkan dan dilelong pada Disember nanti. Harga permulaan adalah €3.5 million iaitu lebih mahal daripada kereta sebenar Aventador LP 700-4 (€303,450). Jika pembeli tidak sanggup menunggu Disember nanti, pembeli boleh memilikinya pada harga €4.5 million.




0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK