Friday, September 2, 2011

Kejutan - Kejutan Terakhir Pintu Perpindahan EPL


Selepas gagal mencipta seberang kemenangan pada awal saingan musim ini termasuk dibelasah 8-2 kepada Manchester United, Arsene Wenger akhirnya akur untuk membawa masuk pemain berpengalaman bagi memberi keseimbangan kepada skuad mudanya.

Mikel Arteta dari Everton muncul pemain terakhir melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates selepas Wenger berjaya mendapatkan pertahanan Fenerbahce, Andre Santos, tonggak pertahanan tengah Werder Bremen, Per Mertesacker dan pemain tengah Chelsea, Yossi Benayoun.

Cubaan awal Wenger untuk memancing Arteta dengan tawaran wang tunai beserta pemain pada mulanya ditolak mentah oleh pengurus The Toffees, David Moyes namun beliau terpaksa akur dengan hasrat pemain kelahiran Sepanyol itu untuk berpindah.

Kapten Israel, Benayoun pula dipinjamkan semusim penuh selepas dimaklumkan tidak berada dalam perancangan Chelsea musim ini.

“Santos merupakan pemain berkualiti, dia berkemampuan bertahan dan naik membantu serangan,” ulas Wenger dalam laman web rasmi Arsenal.

Arsenal turut menajamkan bahagian serangannya dengan mendapatkan pemain Korea Selatan, Park Chu-Young dari AS Monaco.

Jiran London, Chelsea turut memperkemaskan bahagian tengah mereka dengan mengikat Raul Meireles selepas gagal memancing pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric meskipun telah menawarkan £40 juta (RM194 juta).

Perpindahan Meireles tidak didedahkan secara umum namun media Inggeris melaporkan perpindahan itu melibatkan £12 juta.

Liverpool tampak belum puas dengan pembelian musim ini apabila Craig Bellamy sah kembali ke Merseyside susulan tempoh yang tidak menggembirakan di Manchester City.

Pemain berusia 32 tahun itu yang mampu beraksi di bahagian serangan dan sayap bakal memakai jersi nombor 32.

Bellamy yang beraksi untuk Liverpool pada 2008 sempat menjaringkan sembilan gol dalam 42 penampilan bersama pasukan itu.

Manchester City membuat kejutan dengan memberi peluang kepercayaan kepada Owen Hargreaves yang dilepaskan seteru setempat, Manchester United awal musim panas yang lalu akibat masalah kecederaan lutut yang berpanjangan.

Sumber: KakiBangku



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK