Sunday, September 4, 2011

Jenazah Allahyarham Faizul Tiba Di Pangkalan Udara TUDM



Keranda yang membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad diusung sebelum dibawa ke Masjid TUDM untuk disembahyangkan di Subang, Ahad. – Foto MSTAR Oleh HAIRULAZIM MAHMUD



Jenazah akan dibawa dan disembahyangkan di Masjid TUDM sebelum ke Masjid Al-Islah dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sebelum Zohor.

 
Balu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar bersama dua anaknya, Mohd Naufal, 3, dan Mohd Irfan, 8 sedang menanti ketibaan jenazah di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Ahad. – Foto MSTAR Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

Rentetan kejadian di Somalia

“Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.
Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.

NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.
“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

sumber : mstar online & kosmo online



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK