Thursday, August 25, 2011

PDRM Edar 'Borang Maklumat Balik Kampung' Untuk Keselamatan Kediaman




Terkini, PDRM telah pun menyediakan BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG sempena cuti perayaan Aidilfitri ini. Apa sebenarnya tujuan borang ini? Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.

Borang ini perlu diisi oleh pemilik kediaman & diserahkan semula ke Balai Polis berhampiran, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Didalam borang ini juga disertakan tips-tips bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan banyak lagi. Dimana anda boleh mendapatkan borang ini? Sungguh mudah, dengan hanya klik DOWNLOAD atau layari laman web PDRM. Akhir kata, selamat bercuti. :D



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK