Monday, August 1, 2011

ARTIS~Arrora Salwa – Dari Lans Koperal Jadi Penyanyi

Post image for Arrora Salwa –  Dari Lans Koperal Jadi Penyanyi 


Penyanyi yang sedang meningkat naik namanya dengan lagu Ahmad iaitu Arrora Salwa atau nama sebenar Salwa Md. Razak nekad meninggalkan kerjaya beruniform sebagai seorang anggota polis yang menjanjikan pendapatan tetap buatnya.

Arrora dikatakan sudah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis atas permintaan keluarga, Arrora mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya nyanyian.
Sewaktu Arrora memegang jawatan Lans Koperal, penyanyi berzodiak Cancer ini turut menyertai kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terlibat dengan pelbagai persembahan sepanjang bertugas.
“Saya rasa cukup selama tujuh tahun saya berkhidmat sebagai anggota polis dan sekarang masa untuk saya mengikut kata hati saya dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi.
“Saya tahu kerjaya nyanyian tidak menjamin ganjaran lumayan atau pendapat yang stabil, tapi saya ambil risiko itu sebagai cabaran,” jelasnya.
Siapakah Ahmad dihati Arrora?
“Nama Ahmad tiada kena mengena dalam orang istimewa dalam hidup saya, ia diambil sebagai simbolik nama lelaki yang selalu digunakan dalam masyarakat Melayu.
“Lagu ini berentak seperti muzik Indonesia kerana ia dicipta oleh komposer negara tersebut iaitu Panji Sakti yang sebelum ini menghasilkan lagu hit Sayang-Sayang danJangan Nakal,” katanya.
Berpeluang merakamkan lagu tersebut, Aurora berkata lirik Ahmad mudah untuk diingati apabila pertama kali mendengarnya. jom kita layan lagu Ahmad nie



SUMBER



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK