Thursday, July 7, 2011

Pengguna iPhone dalam bahaya


Agensi keselamatan IT Jerman menyatakan perisian yang dijalankan pada iphone, ipad atau iPod Touch mempunyai kelemahan yang kritikal pada keselamatannya.

Pihak terbabit mendakwa dengan membuka fail pdf yang dijangkiti sahaja sudah cukup untuk mendedahkan peranti kepada ancaman malware tanpa pengetahuan pengguna. Kelamahan ini terdapat pada beberapa versi sistem operasi Apple iOS.

Perkara yang sama juga akan berlaku bila pengguna membuka fail pdf secara dalam talian dalam laman-laman ejen malware atau spyware atau juga adware (biasanya iklan CPA),
yang memungkinkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengintip maklumat peribadi pengguna seperti password, maklumat kad kredit dan perbankan, emel, mesej atau mungkin juga mencuri dengar perbualan telefon pemilik. ( Wow! Macam kes Bluetooth pada awal 2000-an dulu)

Pihak Apple walaupun sedar akan masalah ini, hanya membisu terhadap dakwaan tersebut. Malah dipercayai masih tiada penyelesaian terhadap kelompangan keselamatan ini.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK