Wednesday, July 6, 2011

Mark Zuckerberg paling ramai pengikut di Google+

Profil Mark Zuckerberg di Google+ Mark Zuckerberg paling ramai pengikut di Google+ 

Walaupun Google+ akan menjadi bakal pencabar Facebook, tetapi tauke Facebook iaitu Mark Zuckerberg pun menyertai Google+. Dan bukan itu saja, dia sekarang merupakan ahli Google+ yang paling ramai pengikut.

Zuckerberg disenaraikan sebagai pengguna yang paling ramai mengikutinya di Google+ dengan 29,543 pengikut, menurut SocialStatistics.com. Beliau mengalahkan kedua-dua Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin, yang berada di tempat kedua dan keempat dengan 19,878 dan 15,646 pengikut.

Vic Gundrota, tok guru ‘social media’ Google sendiri mendapat tempat ketiga.

Zuckerberg masih belum pos status terkini pada rangkaian sosial baru itu, membawa banyak persoalan sama ada dia adalah Mark Zuckerberg sebenar.

Identitinya kemudian disahkan oleh blogger teknologi Robert Scoble melalui Twitter, “Zuckerberg baru mesej saya kembali dengan berkata, “Mengapa orang terkejut bahawa saya mempunyai akaun Google?.”

[FoxNews]

Sebenarnya tidak perlu dihairankan sangat, kerana Facebook dan Google ni sebenarnya puak yang sama saja. Mereka hanya mengelabui mata masyarakat kerana tujuan-tujuan bisnes. Sama juga seperti Microsoft dan Apple, dan sebagainya lagi



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK