Tuesday, July 19, 2011

Kumpulan Penggodam Perkenal Rangkaian Sosial



SAN FRANCISCO – Kumpulan penggodam yang kian mendapat nama, Anonymous hari ini melancarkan rangkaian sosialnya selepas Google menolak permintaan kumpulan itu untuk menempatkan komuniti online dalam sisten rangkaiannya.
“Hari ini kami mengalu-alukan anda bagi memulakan era baru,” kata kumpulan penggodam itu dalam laman web mereka: anonplus.com, yang dijadikan platfom untuk menyebarkan maklumat mengenai kumpulan itu.
“Selamat Datang ke Revolution – satu rangkaian sosial baru yang tiada lagi kebimbangan mengenai tapisan, pengharaman atau penangguhan,” kata lamam web sosial kumpulan itu.

Pengwujudan rangkaian sosial itu dibuat selepas akaun Anonymous digantung di tapak komuniti online Google+ yang dilancarkan bulan lalu oleh gergasi internet itu sebagai menyaingi Facebook.
Mesej yang dipaparkan di laman web anonplus.com berjanji bahawa laman sosial Anonymous adalah percuma untuk semua orang dan mendaftarkan aktivis online bagi mengambil bahagian dalam projek atau program rangkaian sosial baru itu. – AFP


Sumber: Mynewshub



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK