Monday, July 25, 2011

Koobface, virus yang pandai dan aktif sedang berjalan di laman sosial-Gaysec

Mengikut wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface


Koobface adalah salah satu ulat/cecacing komputer yang menjadikan laman
social sesawang seperti facebook, myspace, hi5, bebo, friendster dan
twitter sebagai sumber utama untuk merebak dan berfungsi. Koobface
telah dibina dan cipta untuk operasi sistem seperti "Microsoft Windows"
dan juga "Mac OS X", tetapi juga berfungsi pada operasi sistem "linux(terhad)".
Koobface melakukan pelbagai cara untuk merebak dan setelah sesebuah "komputer"
atau "laptop" seseoarang itu di tanam dan disuntikkan virus Koobface, ianya
akan mula mendapatkan informasi seperti FTP(file transfer protocol), facebook
dan beberapa lagi laman sosial yang lain seperti myspace dan friendster di
sesebuah komputer atau laptop yang telah terkena dan tertanam virus Koobface
itu, tetapi ianya tidak akan mengambil informasi yang sensitif seperti akaun
kewangan.

Ia kemudiannya menggunakan komputer dikompromi untuk membina sebuah botnet
peer-to-peer. Komputer yang telah dikompromi akan menerima apa sahaja arahan
daripada fesyen pear-to-pear.

Koobface merebak dengan cara menghantar mesej kepada sesiapa sahaja kawan kepada
"penyerang" yang telah dikompromi oleh virus koobface tersebut, apabila 
seseoarang itu membalas dan virus koobface secara automatik akan menghantar 
satu pautan yangpalsu sama seperti laman facebook atau youtube, dan akan 
terpapar salah satu pautan atau mesej yang mengatakan untuk memuat turun 
"adobe flash player" di atas sebab"adobe flash player" itu berada pada versi
 yang lama, dan tidak dapat membuka"video" ataupun pautan itu sekiranya 
seseoarang tidak melakukan kemaskini pada versi "adobe flash player" sekarang. 
Tetapi, pautan itulah yang akan menyebabkan sesebuah komputer itu akan 
dikompromikan oleh virus koobface itu.

Berikut adalah salah satu cara untuk membuang virus koobface "hi. how are you"
pada sesebuah komputer yang telah dikompromikan oleh virus "koobface" itu. 
 
Cara 1:
 
http://plus.evozi.com/guide-remove-facebook-virus-hi-how-are-you/
 
SUMBER
 



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK