Friday, July 29, 2011

Halaman Baru Facebook Untuk Bisnes 'Facebook for Business'.



Korang dah cuba Facebook for Business?..
Kalau korang pengusaha kecil yang senang berjualan melalui medium Facebook, korang mesti cuba 'Facebook for Business' yang satu ni.

Dilancarkan Selasa (26/7), Facebook memperkenalkan Facebook for Business, untuk mempermudahkan pengusaha kecil mempromosikan perusahaan persendirian.

Klik saja Facebook.com/business di browser anda. Jika sudah masuk, pada halaman itu Anda akan melihat point-point yang sengaja disiapkan untuk membantu pengusaha dari golongan kecil dan pertengahan. Dimulai dari pengarahan cara membuat halaman bisnes yang baik, membuat iklan, dan cara-cara berinteraksi dengan pelanggan secara online.

“Facebook ingin pengusaha golongan peringkat ini mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggannya, dan supaya mereka dapat menjalani teknik marketing yang unggul dari segi networking, iaitu penjualan dari mulut ke mulut,” ujar jurucakap Facebook dari Gigaom.

Dengan adanya 'Facebook for Business', semoga jualan di Facebook jadi lebih tertib,lancar dan tidak lagi mereka ni tag akaun orang di foto barang jualannya.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK