Friday, July 15, 2011

Google+ Mempunyai Lebih Daripada 25 Juta Pengguna Sejak DiPerkenalkan


Sejak Google+ dilancarkan, salah satu perkara yang sering tertanya-tanya oleh semua orang adalah bilangan penggunannya, dan sekiranya semalam ianya diperkatakan Google bakal melangkaui angka 10 juta pengguna hari ini, dan kini melalui suatu carian ringkas, ianya menunjukkan Google telah berjaya melangkaui angka tersebut dengan mudah.





google plus 25juta Google+ Mempunyai Lebih Daripada 25 Juta Pengguna?


Beberapa pihak turut memperkatakan yang mana Google+ kini telah mempunyai lebih daripada 25 juta orang pengguna. Melalui carian ringkas yang dilakukan menggunakan enjin Google sendiri, ianya menunjukkan lebih daripada 40 juta hasil carian profail, sekaligus memperlihatkan mungkin Google telah melangkaui angka 25 juta itu dengan mudah.
Walaubagaimanapun, ianya mungkin hanya anggaran sahaja buat masa ini, dan mungkin angka penggunanya jauh lebih tinggi daripada apa yang disangkakan oleh semua orang.
Sebelum ini, Google telah membuka fungsi jemputan kepada semua, membolehkan para pengguna menjemput rakan-rakan mereka menyertainya dengan mudah dan menjadikannya lebih interaktif bersama-sama pengguna yang lain. Google masih lagi belum mengumumkan bilakah mereka bakal melancarkan Google+ secara rasmi kepada semua pengguna.




SUMBER



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK