Sunday, July 3, 2011

Taiwan tak mampu halang Malaysia


 

Taiwan hampir meranapkan impian Malaysia untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kelayakkan Piala Dunia 2014 Zon Asia selepas berjaya mengikat agregat 4-4, namun kelebihan jaringan di tempat lawan membantu Malaysia mara ke pusingan seterusnya.
Malaysia memulakan perlawanan dengan baik selepas Aidl Zafuan menjaringkan gol cantik jarak jauh menerusi sepakan percuma untuk membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-7 sekali gus memusnahkan kelebihan gol yang dimiliki Taiwan di Bukit Jalil.
Bagaimanapun tuan rumah tangkas menyamakan kedudukan untuk menghidupkan kembali harapan sebelum Safiq Rahim menjaringkan gol kedua Malaysia juga menerusi sepakan percuma.
Sebelum tamat separuh masa pertama, pertahanan Malaysia Mahali Jasuli membuat kesilapan dengan mengasari pemain Taiwan di dalam kotak penalti untuk menghadiahkan penalti buat tuan rumah yang berjaya disempurnakan dan menjadikan kedudukan 2-2.
Babak kedua menyaksikan Taiwan mengatur serangan demi serangan dan kali ini Fadhli Shas pula dipersalahkan kerana mengasari pemain Taiwan di dalam kotak penalti untuk pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kedua buat tuan rumah.
Sharbenee berjaya menyelamatkan sepakan penalti tersebut namun beliau membuat kesilapan tidak lama kemudian untuk menghadiahkan sepakan penalti ketiga buat Taiwan.
Tuan rumah berjaya mendahului perlawanan 3-2 ketika baki perlawanan sekitar 15 minit namun gagal mengubah kedudukan yang kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan agregat 4-4 tetap memberi kelebihan kepada Malaysia kerana berjaya menjaringkan dua gol di Taiwan berbanding Taiwan yang hanya berjaya menghasilkan satu gol di Malaysia.

Gol pertama Malaysia:
Gol kedua Malaysia:

Gol pertama Taiwan (gol penyamaan 1-1):

Gol yang diselamatkan Sharbinee Alawi:

Sumber: Sokernet video.



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK