Sunday, June 12, 2011

Unsur Freemason Dalam Slot Akasia ''Nora Elena''

Setelah 18 episod drama ini disiarkan, ternyata ia berjaya menarik ramai peminat untuk kembali menggilai drama Melayu sebagaimana fenomena Nur Kasih dan Adamaya suatu ketika dahulu. Tahniah diucapkan kepada Asia Media Content serta pelakon handalan Aaron Aziz dan Siti Saleha. Reputasi drama adaptasi ini juga berjaya menghabiskan stok novel Kasih Yang Suci di kedai-kedai buku.
Namun begitu, drama ini mempunyai unsur-unsur Freemason serta Illuminati yang bertujuan meresap ke dalam pemikiran masyarakat menggunakan subliminal message melalui fikiran separa sedar.

1. Logo

Pertama sekali perhatikan logo AMC sendiri yang mempunyai unsur Freemason dengan berbentuk piramid. Jelas sekali AMC mempunyai kaitan dengan Illuminati yang bertujuan menakluk dunia.



2. Lady in Red

Poster yang dikeluarkan menampilkan Nora Elena dalam pakaian berwarna merah. Mereka yang pernah menonton The Arrival pasti sedar akan hal ini. Lady in Red dimuatkan dalam episod 13.
Lady in Red digambarkan sebagai sesuatu yang mesti kita miliki dan memilikinya akan menjadikan hidup kita lebih baik. Lady in Red adalah simbol kepada seks, duit dan kepopularan. Istilah yang lebih ganas digunakan dalam The Arrival iaitu “wakil syaitan”.




3. Skirt

Walaupun Nora Elena dalam drama ini sentiasa bangun malam solat tahajud namun begitu beliau gemar memakai skirt paras lutut, memberikan impresi tidak elok kepada kanak-kanak bahawa agama hanya perlu solat bukan pada cara berpakaian. Ini adalah taktik halus Freemason untuk melemahkan Melayu Islam di Malaysia.



4. Seth Tan

Watak Seth Tan yang digilai ramai perempuan dan dipuja setiap hari Isnin hingga Khamis juga secara halus memuja “setan”. Beliau digambarkan sangat romantik hingga menenggelamkan tokoh suami umat Islam iaitu Rasulullah SAW.



Sehubungan dengan itu, satu surat terbuka telah dibuat terhadap drama ini: Bantahan Terhadap Drama Nora Elena dengan menyenaraikan keburukan drama ini terhadap masyarakat. Fenomena tidak sihat ini juga mendorong Presiden PERUBATAN, Syafiq Hamdani mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau menggesa ahli agar meninggalkan drama Nora Elena dengan menonton rancangan lain yang lebih bermanfaat atau fokus kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.


Akhir kalam, diharapkan pendedahan ini berjaya membuka mata masyarakat dan jangan lupa menonton satu lagi karya adaptasi novel; Stanza Cinta oleh Nurull Halawati, dibintangi Aaron Aziz (ikon adaptasi novel; Ombak Rindu, Nora Elena), Nur Fathia (Hani) dan Fizz Fairuz (Nur Kasih) bermula 19 Jun setiap Ahad, hanya di TV3.

 

 
 
 



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK