Thursday, June 16, 2011

Sos Mengandungi DNA Babi



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan merasa bimbang dengan pendedahan sejak akhir-akhir ini mengenai pelbagai produk makanan yang digunakan dengan meluas oleh umat Islam mengandungi DNA babi.  
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, terbaru pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.
Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk berkenaan.
“Bagi umat Islam, sebarang isu yang berkaitan persoalan halal haram perlu diambil serius, kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
CAP juga, ujarnya menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.
Beliau menambah, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat.-harakah-



0 comments:

Post a Comment

Share

ENTRY POPULAR THIS WEEK